aNggEriK-diHaTikU

Never Say" I love you "if you don't really care, never talk about feeling if they aren't really there. Never hold my hand if you're going to break my heart. Never say you're to, if you never plan to start. Never look into my eyes if all you do is lie. Never say hello, if you really mean goodbye. If you really mean forever, then say you will try. Never say forever ' cause forever makes me cry. Don't let someone become your everything, because when they're gone you have nothing!

1st Anniversary Sek. Ren. Keb. Kg Selayang Lama

Pertama kali kami semua berjumpa semula pada 08/02/2009 di rumah sabahat kami Ismail Mohamad di Taman Sejati, Selayang Bahru setelah berpisah berpuluh2 tahun. Rasa terharu menyelibungai kami semua dan antaranya ada yg menangis kegembiraan yang amat sangat..yg pasti aku lah salah sorang yg sadis tu....hihihi

Bagi meraikan 1st Annivesary yang diadakan pada 07/03/2010 sahabat kami Sabariah Sulong telah bermurah hati untuk menaja gathering pada kali ini di kediaman beliau di Condo Armanee, Damansara Damai...bercanda di tepi kolam lagi...tekiu very much Sabariah, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik you and yr hubby...lain kali kalau nak taja lagi kami sume no hal....

antara rakan-rakan yang hadir

suasana pada hari tersebut

Kembalinya Abah Ke Rahmatullah


Tarikh 22/02/2010 tidak akan dapat aku dan keluarga lupakan. Abah telah kembali ke rahmahtullah meninggalkan kami dalam kesediha. Abah yang kelihatan seperti biasa telah menyahut panggilan Illahi tepat pada pukul 8.00 malam. Sukar untuk aku dan keluarga untuk menerima hakikat bahawa abah telah tiada lebih2 lagi ibu aku yang telah hidup bersama abah selama lebih kurang 50 tahun.



Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Puisi Untuk Abah

Abah....
Tiada kata,
tiada bicara
hanya kenangan menjadi ingatan...

Abah..
segala katamu,
segala bicaramu,
sentiasa menjadi pegangan,
sentiasa menjadi panduan.

Abah..
nasihatmu,
teguranmu,
Kritikanmu
Akan kekal menjadi azimat hidup ini..

Abah...
senyumanmu,
Tawamu,
Selokamu,
Akan kekal menjadi penghibur hati.

Abah...
Kekuatanmu,
Kegigihanmu,
kesabaranmu,
Akan tetap dihati ini...

teratakkasih-jesvi.blogspot.com

Puisi Untuk Abah (ii)

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi Abah
Perindahlah ucapanku di depan Abah
Lunakkanlah watakku terhadap Abah dan
Lembutkan hatiku untuk Abah.......

Ya Allah,
Berilah Abah balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan Abah padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang Abah limpahkan padaku,
peliharalah Abah sebagaimana Abah memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah Abah rasakan
atau kesusahan yang Abah deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak Abah kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa Abah dan bertambahnya pahala
kebaikan Abah dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai Abah sebelumku,
Izinkanlah Abah memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk Abah,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Majlis Kahwin Anak Aspanita

Berjumpa kawan-kawan Sek. Kebangsaan Kg Selayang 1971-1976 di majlis perkahwinan anak Aspanita pada 07/02/2010. Selepas majlis ni aku, Yong, Shimah, Razimah, Azman Isa bergerak ke rumah Sabariah bagi membincangkan untuk perjumpaan kami yg akan datang. Kami lepak di sini sehingga pukul 6.0pm sambil dijamukan pau, pizza, kodok and buah. Keputusan diambil untuk 1st Annivesary ini akan di adakan di Condo Sabariah pada 07/03/2010 bersamaan hari Ahad.

KN Gathering

Aku and the geng the dijemput ke majlis Kaki Novel pada 6/02/2010 untuk novel terbaru dari Hanni Ramsul Pergilah Air Mata yg memang aku ikuti ceritanya di blog penulis. Kaki Novel juga telah menghadiahkan kami novel Pergilah Air Mata, Jauhari Hatiku dan Sepupuku Suamiku. Sesi makan2 dan bergambar dengan penulis yg hadir memang amat menyeronokkankan...

oleh-oleh dari Kaki Novel

suasana di pejabat Kaki Novel

HePi BesDay HuBBy

Tanggal 31/01 adalah Hari Ulang Tahun suamiku.. Ku berdoa semoga hidup aku sekeluarga dilindungi dan dirahmahti oleh Nya dan juga suamiku akan terus menjadi pelindung aku dan anak-anak sehingga akhir hayat. SELAMAT HARI JADI HUBBY

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Love Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Untuk suami.. renungkanlah. ..

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. .

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...

Jaja & Din

Oleh-oleh dari kak su @ Noor Suraya

Pada 20/12/2009 me dan beberapa orang teman berdating di Kopitiam Kawan milik pengacara terkenal TV3 Ezzah Aziz yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. WAlaupun tidak ramai yang dapat menghadirkan diri tapi majlis tetap meriah maklum lah dah lama tak jalankan acara berdating ni.....Ole-ole dari kak su me telah dapat pada hari itu. Apa lagi klu bukan Jaja & Din yang memang telah lama di nantikan akan terbitannya. Sayangggggggggg kak su kerana telah menrealisasikan impian kami ini.....

Ahli majlis yang hadir bersama-sama Puan Ezzah

Puan Ezzah Aziz yang tetap menawan

Di pertemuan tersebut kami juga meraikan besday Nawir yang hadir bersama2 buah hati dia yang cute tu....suasana bertambah meriah dengan kehadiran Puan Ezzah (surprise dari kak su) yang memang peramah yang sudi melayan pertanyaan dari kami....


Besday girl bersama si cute

Walimatul Urus Anak Sedara

Anak sedara dah lama kawin tp baru sekarang me ada masa nak update dalam blog ni. Anak sedara pertama me kawin pada 01/11/2009/. Muda lagi, baru je habis belajar dah kawin tapi nak buat macam manakan dah jodoh sampai. Jodohnya dengan orang Pahang. Walaupun penat menguruskan perkahwinan ini tapi seronok sebab dah lama dekat rumah keluarga me tak ada kenduri besar-besaran maklumlah adik beradik sume dah kawin sekarang tunggu giliran anak-anak sedara lah....

Sibuk me ngan adik-beradik perempuan menguruskan bab2 hantaran, souvinier dan sewaktu dengan nya sebab anak sedara me dah kehilangan mama sejak dia berumur 12 tahun, sekarang dia dah 23 tahun jadi kena lah tugas tu me adik-beradik ambil alih.........

Me doakan anak sedara me Norahiza bersama suami dia yang terchenta Azman di panjangkan jodoh sehingga akhir hayat dan berbahagia selalu dan tabah menempuh dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan....Amin

Upaca membatal air sembahyang ....

Jamuan Selepas nikah 30/10/2009

Pasangan Pengantin Azman & Norahiza

Adik-beradik pengantin pompuan tp si kembar seorang lagi tak sempat berposing


Pengantin bersama si pari-pari

Si pari-pari sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki