aNggEriK-diHaTikU

Never Say" I love you "if you don't really care, never talk about feeling if they aren't really there. Never hold my hand if you're going to break my heart. Never say you're to, if you never plan to start. Never look into my eyes if all you do is lie. Never say hello, if you really mean goodbye. If you really mean forever, then say you will try. Never say forever ' cause forever makes me cry. Don't let someone become your everything, because when they're gone you have nothing!

Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Malam tadi telah diumumkan bahawa Sabtu 22/08/2009 bermulanya seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam berpuasa. Seluruh rakyat islam di muka bumi ini wajib mengerjakan puasa yang dituntut ke atas semua individu yang sihat tubuh badan, sihat akal fikiran dan sihat segala-galanya. Berpuasa mengajar kita menahan nafsu dan godaan-godaan dan berpuasa merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada ahli-ahli keluargaku terutama kepada suamiku, anak-anakku, kedua ibu bapaku, adik-beradikku, rakan-rakan sekolah yang baru dapat kumpulkan, rakan-rakan yang ku kenali di dalam dunia novel dan yang paling istemewa kepada rakan-rakan GK.....

Amalan-Amalan Utama Mengikut Taqwim Hijriyyah
  • Doa pada awal malam Ramadhan
  • Menyempurnakan Puasa Fardhu Ramadhan
  • Sembahyang sunat tarawih dan witir pada malamnya
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  • Memperbanyakkan Sedekah
  • Memperhebatkan ibadat di waktu malam terutama 10 malam terakhir
  • Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah di bulan Ramadhan menyamai pahala satu haji
  • Menunggu-nunggu Lailatul-Qadar
  • Segerakan membayar Zakat Fitrah

Puasa Ramadan
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan
berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa
[2]. Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Solat Tarawih
Pada malam harinya, setelah
solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat untuk menasihati para jama'ah.


Zakat Fitrah
Zakat fitrah adalah
zakat yang dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya Solat Sunat Hari Raya. Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat jenis ini [9]. Nilai zakat fitrah yang harus dikeluarkan per individu adalah satu gantang makanan ruji di daerah bersangkutan. Jumlah ini adalah setara dengan 2.70 kg beras.

Aidil Fitri
Akhir bulan Ramadan dirayakan dengan sukacita oleh seluruh Muslim di dunia. Pada malam harinya (malam 1
Syawal), yang biasa disebut malam kemenangan, mereka akan mengumandangkan takbir bersama-sama. Esoknya tanggal 1 Syawal, yang dirayakan sebagai Hari Raya Aidil Fitri, semua Muslim baik lelaki mahupun perempuan digalakkan ke masjid untuk melakukan Solat Sunat Hari Raya. Solat dua raka'at ini akan diikuti khutbah mengenai Aidil Fitri.

Makan-makan di Krathong

Sabtu 15/08/09 aku, dyea, sil, nick and rinn mengadakan acara makan-makan di Krathong Maju Junction. Tempat yg di suggestkan nick. Makanan di sini memang sedap-sedap sampai habuk pun tak tinggal….hihihi.. Yang lagi best and rasa terharu sangat sebab sil ngan nick buat surprise besday celebration untuk aku, rinn and dyea..Sempat lah buat sesi potong kek 3 dara pingitan…rinn ngan dyea dah tentu dara, aku ni hahaha….mak dara lah.. Lepas makan-makan, kami menuju ke markas, mana lagi kalau bukan Minerva. Tempat wajib singgah kalau ke Jalan TAR. Sempat lah aku rembat novel Lagu Buat Mu. Sebenarnya kami nak mencari mini novella terbitan Fajar Pakeer malangnya tiada. Bab-bab buku baru ni GK memang terkenal lajunya.......Lepas markas kami kecuali nick bergerak ke tempat seterusnya untuk mencari kain... kan raya nak tiba.......sempat lah aku rembat sepotong kain.......Selesai sesi jalan-jalan kami pun bergerak pulang....


Krathong

makanan yg memang menyelerakan....


besday kek


besday present

novel yg dibeli di markas

Perginya Ustaz Mohd Asri

Pada 13/08/2009 persada seni tanah air telah dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Mohd Asri ketu kumpulan nasyid Rabbani. Beliau diserang sakit jantung sewaktu mengadakan raptai program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan di sahkan meninggal dunia di Hospital Pantai Bangsar di usia 40 tahun. Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah kematian itu pasti tidak kira di usia muda atau pun tua bila tiba waktunya kita pasti pergi tak kembali. Kepada keluarga Allahyarham terutama kepada isteri beliau tabah dan kuatkan lah semangat di dalam menghadapi ujian dari Yang Maha Esa. Kepada kumpulan nasyid Rabbani teruskan lah perjuangan Allahyarham Ustaz Mohd Asri berdakwah melalui nasyid. Semoga roh Allahyarham di cucuri rahmat dan ditempatkan disamping orang-orang yang beriman .....Amin


Pergi Tak Kembali
Munsyid : Rabbani

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri A
pa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1.

Ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia

jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbreak di US sebelum terjadi outbreak di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbreak ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbreak di mexico.

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit, pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada astmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk........jumpa doktor dengan segera.......
day 5 and above lung collapse @ koma

langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'sia di Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

Dept Gathering

Makan, makan and makan lagi….24/07/2009 dept aku pergi makan di Jogoya Starhill. Teringat aku nostalgia di sini. Maklumlah opis aku dulu terletak di area sini sebelem berpindah ke tempat sekarang. Di sini macam-macam ada, kalau tak pandai budget belum cukup bulan poket dah kempis…..apa lagi kalau bukan gila bersupping….hehehe
Jogoya menghidangkan makanan ala-ala Japanese food yang memang tak boleh ngam dengan aku. Nasib baik hidangan secara buffee jadi aku boleh lah pilih-pilih makanan yang aku suka, kalau cara ala cart jawabnya aku ikat perut lah….hahahaha. Harga boleh tahan RM88++, nasib opis yang bayar kalau sendiri yang bayar memang fikir berkali-kali untuk kesini….



suasana di Jogoya Starhill

Makanan di Jogoya....yang ini bukan kesukaan ku....

ni bukan sepit rambut tapi klip untuk

dilekatkan pada makananan yang kita order

Bicara Buku Jemari Seni 3

18/07/2009 = Hari Sabtu Bicara Buku Jemari Seni telah diadakan , dimana…..hahaha dah tentu di pejabat JS di Bangi. Aku antara tetamu yang terawal tiba....jgn marah adinda-adinda ku sume (kenyit mata dkt kicapians). Mana tak awal aku bergerak dari rumah adik aku yang terletak di belakang dapur JS....lagi pun bab-bab ngedet ngan geng satu kepala ni memang aku suka ditambah lagi dengan makan-makan lagi aku suka....hehehe

Novel-novel yang dibicarakan


salah seorang pembicara buku


orang kuat JS kepenatan.....kesian kak yah n kak su


sumenya sedap-sedap.....yummyyyyyyyyyy

Hepi Besday

Tarikh 12/08 begitu bermakna bagi diriku. Ini lah tarikh aku dilahirkan. Aku menerima ucapan Selamat Hari Jadi, Selamat Ulang Tahun dan Hepi Besday yg membawa maksud yang sama. Yang pasti setiap kali tiba tarikh ini bermakna umur ku bertambah….umur je bertambah tp hati masih perasan remaja…hahaha

Seawal pagi aku terima ucapan dari hubby dan anak-anak. Kalau pada ulang tahun aku sebelum ini pasti menerima hadiah dari mereka tapi tidak kali ni. Banker anak-anak aku deman, disyaki denggi jadi tak boleh nak merayau cari barang….....kesian kat hubby aku
Ucapan juga aku terima dari teman-teman yang kebanyakkan nya aku kenal di dalam dunia novel....time kasih teman-teman atas ingatan kalian......
LUV U ALL........muahhhhhhhhhhhhhhh



Rentang waktu…..
terkadang membuat kita lupa bahwa kita semakin dewasa
Rentang waktu…..
terkadang membuat kita lupa bahwa kita telah melanggar titah Yang Kuasa
Rentang waktu…..
terkadang membuat kita sadar bahwa kita hanya manusia yang tak punya apa-apa
selain jasad yang tak berguna
Rentang waktu…..
terkadang membuat kita sadar bahwa Tuhan tidak melihat harta dan rupa
melainkan hati yang ada di dalam dada dan amal jasad yang lata

Walau Einstein berkata bahwa rentang waktu itu berbeda
tergantung dalam keadaan apa kita berada
Namun Tuhan telah berkata,
“Hanya Akulah yang tahu umur manusia”.

Cuti-cuti ke Pulau Redang

Subhanallah cantiknya ciptaan Yang Esa.............


Pemandangan yg begitu mengasyikkan.......
Penyelam professional....


salah sorang terjumpa harta yg tak ternilai
jangan pandang sebelah mata....penyelam cilik
ni pandai floating.......hahaha
mencari kaki cinderella.....hihihi


Bercuti memang menyeronokkan lebih-lebih lagi bagi aku yang memang dah lama tak pegi bercuti…..sejak abah aku tak sihat . Masa abah sihat, setahun sekali wajib aku sekeluarga pegi bercuti dan mak selalu ikut tp sekarang mesti ada orang di rumah untuk jaga abah, kesian dengan mak yang pasti kena tinggal utk jaga abah maka cuti-cuti Malaysia aku dah terbatal dengan sendirinya…

Percutian ke Pulau Redang ni aku pegi dengan gang and dua orang puteri ku….Last minute baru bagi tau si kecik aku klu tak habis kecoh cite dekat sume org dia nak pegi jalan-jalan….hahaha

08/07/2009 – Hari Rabu
Flight ke Terengganu tengahari jadi aku and the gang berkumpul di KL Sentral sebelum menaiki bas ke airport. Sampai ke KT kami menaik teksi dengan sewa RM25.00 utk sebuah teksi ke Ping Anchorage tempat penginapan kami. Ok lah utk sehari, janji ada tempat utk mandi, solat and tido….zzzzzzzzzzz

09/07/2009 – Hari Khamis & 10/07/2009 – Hari Jumaat
Lebih kurang pukul 7.00 pagi kami check out and menuju ke Jeti Syahbandar. Sebelum tu kami singgah bekfes ….hahaha jgn marah kami merupakan pelanggan pertama kat restoran tu….selepas bekfes kami bergerak ke Jeti Syahbandar utk menaiki feri ke Pulau Redang. Di Redang kami menginap di Redang Lagoon Chalet untuk pakej 3 hari 2 malam…Aktiviti mmg best ..apa lagi klu bukan snorkeling…berkat tunjuk ajar dari perenang professional aku pun dah pandai menyelam and floating…hahahaha

11/07/2009 – Hari Sabtu
Seawal pagi aku n the gang dah ready untuk balik ke KT. Selepas bekfes kami bersantai di tepi pantai sambil menanti feri yg akan membawa kami ke KT….Mungkin selalu kami ucapkan “dok dang dok dang”, akibatnya kami nyaris2 ketinggalan feri…..tq pd uncle sb berjaya menarik perhatian feri tu utk mengambil kami….Sampai di Jeti Syahbandar kami makan tengahari sementara menunggu Anita yang mmg awal-awal lagi aku dah inform tentang percutian kami ni….Nita and adiknya Ila telah membawa kami berjalan ke Pasar Payang ..Dekat sini aku cuma supping kopok je….tudung mmg aku tak beli sebab rege dia mahal sangat kalau di bandingkan dengan KL. Selepas tu kami menuju ke Tamaddun Islam. Tempat ni mmg best and cantik sangat Masjid Kristal tu…lebih2 lagi waktu malam berkale2….mmg tak rugi ke sanai….Kalau pegi, make sure pegi biar dlm jangka waktu yg panjang jgn jd mcm kami yg marathon sb nak kejar masa…..Time kasih pada Nita and Ila yg sudi bawa kami jalan2 ngan belanja makan di Restoran Mcgayver

12/07/09 – Hari Ahad
Selepas solat subuh kami menaiki teksi yg memang dah ditempah awal utk ke lapangan terbang KT utk pulang ke KL bagi meneruskan hari-hari seperti biasa….Insyaallah jika di izinkan aku ingin bercuti ke tempat lain pula