ni pandai floating.......hahaha
Bercuti memang menyeronokkan lebih-lebih lagi bagi aku yang memang dah lama tak pegi bercuti…..sejak abah aku tak sihat . Masa abah sihat, setahun sekali wajib aku sekeluarga pegi bercuti dan mak selalu ikut tp sekarang mesti ada orang di rumah untuk jaga abah, kesian dengan mak yang pasti kena tinggal utk jaga abah maka cuti-cuti Malaysia aku dah terbatal dengan sendirinya…
Percutian ke Pulau Redang ni aku pegi dengan gang and dua orang puteri ku….Last minute baru bagi tau si kecik aku klu tak habis kecoh cite dekat sume org dia nak pegi jalan-jalan….hahaha
08/07/2009 – Hari Rabu
Flight ke Terengganu tengahari jadi aku and the gang berkumpul di KL Sentral sebelum menaiki bas ke airport. Sampai ke KT kami menaik teksi dengan sewa RM25.00 utk sebuah teksi ke Ping Anchorage tempat penginapan kami. Ok lah utk sehari, janji ada tempat utk mandi, solat and tido….zzzzzzzzzzz
09/07/2009 – Hari Khamis & 10/07/2009 – Hari Jumaat
Lebih kurang pukul 7.00 pagi kami check out and menuju ke Jeti Syahbandar. Sebelum tu kami singgah bekfes ….hahaha jgn marah kami merupakan pelanggan pertama kat restoran tu….selepas bekfes kami bergerak ke Jeti Syahbandar utk menaiki feri ke Pulau Redang. Di Redang kami menginap di Redang Lagoon Chalet untuk pakej 3 hari 2 malam…Aktiviti mmg best ..apa lagi klu bukan snorkeling…berkat tunjuk ajar dari perenang professional aku pun dah pandai menyelam and floating…hahahaha
11/07/2009 – Hari Sabtu
Seawal pagi aku n the gang dah ready untuk balik ke KT. Selepas bekfes kami bersantai di tepi pantai sambil menanti feri yg akan membawa kami ke KT….Mungkin selalu kami ucapkan “dok dang dok dang”, akibatnya kami nyaris2 ketinggalan feri…..tq pd uncle sb berjaya menarik perhatian feri tu utk mengambil kami….Sampai di Jeti Syahbandar kami makan tengahari sementara menunggu Anita yang mmg awal-awal lagi aku dah inform tentang percutian kami ni….Nita and adiknya Ila telah membawa kami berjalan ke Pasar Payang ..Dekat sini aku cuma supping kopok je….tudung mmg aku tak beli sebab rege dia mahal sangat kalau di bandingkan dengan KL. Selepas tu kami menuju ke Tamaddun Islam. Tempat ni mmg best and cantik sangat Masjid Kristal tu…lebih2 lagi waktu malam berkale2….mmg tak rugi ke sanai….Kalau pegi, make sure pegi biar dlm jangka waktu yg panjang jgn jd mcm kami yg marathon sb nak kejar masa…..Time kasih pada Nita and Ila yg sudi bawa kami jalan2 ngan belanja makan di Restoran Mcgayver
12/07/09 – Hari Ahad
Selepas solat subuh kami menaiki teksi yg memang dah ditempah awal utk ke lapangan terbang KT utk pulang ke KL bagi meneruskan hari-hari seperti biasa….Insyaallah jika di izinkan aku ingin bercuti ke tempat lain pula
1 comments:
hehehhe...jumpa harta karun kak?
Ade amik gambar tak?
hahhah
Post a Comment