aNggEriK-diHaTikU

Never Say" I love you "if you don't really care, never talk about feeling if they aren't really there. Never hold my hand if you're going to break my heart. Never say you're to, if you never plan to start. Never look into my eyes if all you do is lie. Never say hello, if you really mean goodbye. If you really mean forever, then say you will try. Never say forever ' cause forever makes me cry. Don't let someone become your everything, because when they're gone you have nothing!

Beraya Sakan Bersama Rakan-Rakan

Aidil Fitri 2011 ni me and the geng beraya sakan ke rumah rakan-rakan. Kami beraya kerumah Baniah, Ismail/Ina, Liza and Sharidan. Maklumlah tahun ni tiada sebarang aktiviti yang dilakukan bersama-sama rakan sekolah rendah...rindu sangat dengan mereka semua so hasilnya ini lah aktiviti me and the geng bagi melepaskan rindu.....huhuhu

Gathering Raya SEMERA 80 - 81

Setelah berpisah lebih kurang 30 tahun lamanya, buat pertama kali berjumpa dengan rakan-rakan bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Ali. Perjumpaan yang mmg happening. Berbagai ragam dan gaya, ada yang berjaya dalam karier. Apa2 pun yang penting masing-masing gembira berjumpa kembali........

Aidil Fitri 2011

Tahun 2011 untuk tahun ke dua kami sekeluarga beraya tanpa abah. Kesedihan masih terasa. Beraya ketika bersama abah amat berbeza dengan waktu sekarang tp seperti yang
diketahui hidup mesti diteruskan. Abah tetap di hati kami semua....

Dept Gathering

Tahun ini Pulau Pangkor menjadi destinasi pilihan Finance Dept. Mestilah pilih tempat yang mahal nama pun firm yang tanggung kos....hehehe....Percutian yang mmg happy lebih-lebih lagi semuanya sporting.....

sELaMaT hArI BApA



Ayahanda Tercinta

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati…..

* Ingatan pada abah tidak pernah luntur walaupun
abah telah kembali kerahmatullah pada 22/02/2010
semoga abah ditempatkan di sisi orang-orang yang
beriman

HoLiDAy D'SeOuL KoREa

Bercuti ke Seoul merupakan satu pengalaman yang sangat manis dan amat sukar dilupakan. Percutian yang memang adventure di sebabkan percutian ke negara orang ini tanpa tourist guide just main redah saje. Alhamdulillah bersama Syud dan Dyea, kami berjaya menjejaki ke tempat-tempat yg dirancang tanpa masalah. Walaupun kebanyakkan rakyat korea tidak tahu berbahasa inggeris tetapi sikap ingin menolong sangatlah terpuji, mereka akan menolong dengan sedaya upaya mereka. Pengangkutan awam di sini juga sangat superb lebih2 lagi pengangkutan subway yang kami gunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Percutian selama 6 hari ini (08/05/2011 - 13/05/2011) memang berbaloi2 tanpa perbelanjaan yg tinggi....

Day 1 : 08/05/2011 (Sunday) Incheon
Bertolak dari LCCT pukul 1.45 ptg dan sampai ke Incheon International Airport lebih kurang pukul 9.25 malam. Kepenatan akibat penerbangan yg jauh terus hilang sebaik2 sahaja menjejakkan kaki ke Korea ini.Pengurusan di airport ini sungguh canggih dan sistematik. Kami bermalam di Incheon Guest House utk 1 malam (call to pickup +82-32-743-3060-1 - KRW60,000/3 person/night).


Incheon International Airport


kami stay 1 night di Incheon Guest House


Keadaan sebelah pagi di Incheon sebelum bertolak ke Beewon

Day 2 : 09/05/2011 (Monday) Beewon
Hari ke dua lebih kurang pukul 8.00 pagi bertolak ke Beewon Guesthouse dan perjalanan dari Incheon ke Beewon lebih kurang 2 jam dengan menaiki subway. Di Beewon kami stay di Beewon Guesthouse dan stay disini sepanjang percutian kami (KRW60,000/3 person/night X 4 nights).Beewon Guesthouse ini terletak berdekatan dengan subway station jadi ini memudahkan kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Utk hari ke dua ini kami ke Palaces (Jongmya Palace - Changdeok Palace) dan Insadong Street (tempat cuci mata dan membeli belah). Lebih kurang pukul 5.00 ptg kami bergerak ke Sokcho. Dari Beewon ke Dong Seoul Bus terminal lebih kurang 45 minit dengan menaiki subway dan dari Dong Seoul Bus terminal ke Sokcho Intercity Bus terminal lebih kurang 3.25 jam. Kami sampai ke sini lebih kurang pukul 9.00 malam dan stay overnight di The House Hotel-Sokcho (KRW40,000/3 person/night)


Changdeok Palace



Insadong Street


menaiki subway dan express bas menuju ke Sokcho



The House Hotel

Day 3 : 10/05/2011 (Tuesday) Seorak San
Hari ke tiga di habiskan sepenuhnya di Seorak San. Perjalanan dari Sokcho ke Seorak San lebih kurang 45 minit dengan menaiki bas. Pemandangan di Seorak San ini sangat menarik dan di sini juga terdapat cable car. Rugi jika sesiapa ke Seoul tidak singgah ke Seorak San. Kami bergerak balik ke Beewon (Seoul)pada pukul 5 petang dan sampai ke Beewon Guesthouse lebih kurang pukul 10.00 malam





Day 4 : 11/05/2011 (Wednesday) Everland
Hari ke empat kami bergerak ke Everland yang perjalanannya lebih kurang 1 1/2 jam. Everland ala2 Disneyland, tempat yang sangat menarik dan jika betul2 hendak terokai Everland pastikan 1 hari diperuntukkan di sini. Kebetulan sewaktu kami pergi Everland meraikan 35th Anniversary so banyaklah pertunjukkan di adakan. Memang seronok berada di sini, terlalu banyak tempat yg menarik, berposing sakan kadang2 sampai lupa diri dah mcm budak2.....kih kih kih







Day 5 : 12/05/2011 (Thursday) Nami Island
Nami Island pasti dikunjungi bagi sesiapa yang berkunjung ke Seoul. Nami Island merupakan lokasi penggambaran drama yang popular iaitu Winter Sonata. Pemandangan yang sangat menarik di sini. Rugi jika tidak menjejaki ke Nami Island. Me and frenz apa lagi berposing sakan lah....ada juga posing yg tak lupa diri....hahaha

Day 6 : 13/05/2011 (Friday) Nam San Park
Hari terakhir di Seoul kami Ke Nam San Park yang ala2 KL Tower. Untuk ke atas kita harus menaiki cable car. Di Nam San Park dapat jugalah kami bergaya dengan pakaian tradisional korea.....free je jd laju lah mencuba....hahaha
Selepas tu kami singgah market untuk supping .....kira supping last minit lah....just beli cenderahati untuk keluarga dan kawan2. Kami bertolak balik menaiki flight pukul 9.25 malam dan sampai ke KL pukul 4.45 pagi hari Sabtu 14/05/2011.

GK D'LanGkAWi

Setiap tahun GK pasti merancang percutian bersama-sama. Jika tahun lepas GK ke Kota Kinabalu tahun ini Pulau Langkawi menjadi pilihan.Percutian kali ini di sertai seramai 7 orang tp Nick and Sil hanya stay utk satu malam sahaja atas sebab2 kengkangan kerja yg banyak....

Bercuti bersama GK supping bukan agenda utama. Selalunya tempat2 yang menarik menjadi pilihan kami dan kesemua GK mempunyai pendapat yg sama cuti utk rehatkan minda....Percutian kali ini cik adik manis kita Dyea menjadi tunggak utama yg menguruskan segala yang berkaitan percutian kali ini...apa2 pun the best of GK semua satu kepala dalam mencapai apa2 keputusan....bestttttttttttttt