aNggEriK-diHaTikU

Never Say" I love you "if you don't really care, never talk about feeling if they aren't really there. Never hold my hand if you're going to break my heart. Never say you're to, if you never plan to start. Never look into my eyes if all you do is lie. Never say hello, if you really mean goodbye. If you really mean forever, then say you will try. Never say forever ' cause forever makes me cry. Don't let someone become your everything, because when they're gone you have nothing!

Geng Kicap Bersama Yan Brunei

Pada 6/6/2010 me and the geng telah berkumpul utk berjumpa Yan Brunei yg datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti sempena cuti sekolah...Brunei pun tengah cuti sekolah mcm negara kita Malaysia. Memang seronok berkumpul lebih2 lagi Yan seorang yang peramah sangat walaupun baru pertama kali berjumpa....

Port kami biasalah apa lagi klu tak di Sogo Food Court. Sambil berborak kami menjamu selera. Selepas tu kami ke markas utk meninjau novel2 baru and Yan telah bermurah hati menghadiahkan kami sebuah novel setiap seorang and novel pilihan me Manisnya Alunan Rindu oleh Nur Hazma.....


Me and Yan Brunei


Geng Kicap and Yan Brunei

Dinner Di Rumpun Selera

Hari ni me mmg tak masak sebab dah kehabisan stok...peti ais dah kosong, hari minggu ni baru me nak supping di pasar borong selayang. Jadi hari ni lunch orang pemalas, nasi goreng dengan maggi mee....hehehe

Malam me bawa keluarga, mak ngan anak sedara pergi dinner di Rumpun Selera yang terletak berdekatan dengan stadium selayang. Hari ni semua makan western food kecuali anak sedara me haziq yang baru balik kerja makan nasi goreng paprik...





Selamat Hari Ibu

Mak, anak-anakmu memang teramat sayang akan mak. Jasa mak pada kami semua tidak akan terbalas. Kami masih merindui belai manja mu walaupun anak-anakmu sudah dewasa....Mak sempena Hari Ibu, Aya ingin menyatakan sesungguhnya Aya amat menyayangi mak. Aya tau Aya telah melukai hati mak tapi percayalah mak yg Aya amat menyayangi mak. Terima kasih Mak untuk kasih sayang dan pengorbanan mu.....



Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Tajuk Lagu : Ayah dan Ibu
Penyanyi : Sudirman Hj Arshad

Rumah Baru JS

Selepas PBKL baru sekarang me and the gang baru berkesempatan melawat rumah baru Jemari Seni yang terletak berselang beberapa pintu dari rumah lama. Time kasih pada Wan yg sudi mengarrange kan perjumpaan kali ini setelah mendapat green light dari org kuat JS.Dari rumah me terus ke KL Sentral and berjumpa dengan Sil and Dyea and dah tentu ke JS me menumpang kete baru Acik Sil....Sebelum ke rumah JS me singgah di rumah adik me yg terletak tidak jauh dari rumah JS untuk Sil and Dyea menumpang solat and touch up.....



Me, Sil and Dyea bertolak balik dari berdating di rumah JS lebih kurang pukul 5.30pm. Terlupa pada hari tersebut final bola antara N9 dengan Kedah jd apa lagi tersangkut lah dalam jam di high way Sg Besi lebih dari 1 jam tp the best part terhibur dengan gelagat2 penyokong bola N9 sepanjang jalan and Dyea dpt lah snap beberapa gambar yg menarik...

PBKL 2010

Pesta Buku Kuala Lumpur (PBKL) memang dinanti-nantikan oleh ulan buku macam me. PBKL ni lebih kurang macam mega sale lah @ perabih kan duit ngan supping novel2 dan berjumpa dengan penulis yg tersohor mahupun yg baru. Seperti tahun yang lepas me and ahli GK yang lain telah sama2 memeriahkan PBKL ni. Jika tahun lepas me and the gang bergaya dengan baju dang beg GK, tahun ni bergaya dengan tudung GK yg memang sgt lah chantek(chantek sb me, nick and sil yg pilih kainnya)...hihihi. Tahun ni me pergi 2 kali, hari pertama dengan ahli2 GK dan hari ke 2 bersama2 dengan puteri2 ku...actually ada agenda disebalik lawatan hari ke2 ni....





1st Anniversary Sek. Ren. Keb. Kg Selayang Lama

Pertama kali kami semua berjumpa semula pada 08/02/2009 di rumah sabahat kami Ismail Mohamad di Taman Sejati, Selayang Bahru setelah berpisah berpuluh2 tahun. Rasa terharu menyelibungai kami semua dan antaranya ada yg menangis kegembiraan yang amat sangat..yg pasti aku lah salah sorang yg sadis tu....hihihi

Bagi meraikan 1st Annivesary yang diadakan pada 07/03/2010 sahabat kami Sabariah Sulong telah bermurah hati untuk menaja gathering pada kali ini di kediaman beliau di Condo Armanee, Damansara Damai...bercanda di tepi kolam lagi...tekiu very much Sabariah, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik you and yr hubby...lain kali kalau nak taja lagi kami sume no hal....

antara rakan-rakan yang hadir

suasana pada hari tersebut

Kembalinya Abah Ke Rahmatullah


Tarikh 22/02/2010 tidak akan dapat aku dan keluarga lupakan. Abah telah kembali ke rahmahtullah meninggalkan kami dalam kesediha. Abah yang kelihatan seperti biasa telah menyahut panggilan Illahi tepat pada pukul 8.00 malam. Sukar untuk aku dan keluarga untuk menerima hakikat bahawa abah telah tiada lebih2 lagi ibu aku yang telah hidup bersama abah selama lebih kurang 50 tahun.



Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


Puisi Untuk Abah

Abah....
Tiada kata,
tiada bicara
hanya kenangan menjadi ingatan...

Abah..
segala katamu,
segala bicaramu,
sentiasa menjadi pegangan,
sentiasa menjadi panduan.

Abah..
nasihatmu,
teguranmu,
Kritikanmu
Akan kekal menjadi azimat hidup ini..

Abah...
senyumanmu,
Tawamu,
Selokamu,
Akan kekal menjadi penghibur hati.

Abah...
Kekuatanmu,
Kegigihanmu,
kesabaranmu,
Akan tetap dihati ini...

teratakkasih-jesvi.blogspot.com

Puisi Untuk Abah (ii)

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi Abah
Perindahlah ucapanku di depan Abah
Lunakkanlah watakku terhadap Abah dan
Lembutkan hatiku untuk Abah.......

Ya Allah,
Berilah Abah balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan Abah padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang Abah limpahkan padaku,
peliharalah Abah sebagaimana Abah memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah Abah rasakan
atau kesusahan yang Abah deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak Abah kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa Abah dan bertambahnya pahala
kebaikan Abah dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai Abah sebelumku,
Izinkanlah Abah memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk Abah,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..